ANGKAT...jenazah Mohd Shah Rezzal dibawa keluar dari bilik mayat HRPB, kelmarin.
IPOH: “Mereka berdua bersungguh-sungguh mengajak saya berkelah di kawasan kolam air panas Lubuk Timah sehari sebelum kejadian.“Saya tidak sangka ia petanda mereka akan pergi meninggalkan kami buat selamanya,” kata Helmy Aslam Mohd Yusof, 21, rakan dua pelatih semester empat Kolej Pembantu Perubatan Hospital Hulu Kinta, yang meninggal dunia akibat lemas di kawasan perkelahan Lubuk Timah di Simpang Pulai, dekat sini, petang kelmarin.Mayat Mohd Shah Rezzal Mohd Yusof, 21, dan Mohd Shahrulnizam Shaharudin, 22, ditemui pasukan Bomba dan Penyelamat Ipoh di kawasan kolam air panas itu antara jam 5.25 petang dan 5.35 petang kelmarin.Mayat ditemui selepas satu gerakan mencari mereka dilancarkan sebaik dilaporkan lemas kira-kira jam 1.30 tengah hari hari sama.Helmy berkata, rancangan untuk berkelah dibuat beberapa hari sebelum kejadian memandangkan mereka baru tamat menduduki kertas peperiksaan akhir semester Jumaat lalu, namun dia tidak berminat menyertainya.“Malam sebelum kejadian, kami bermain bola sepak dan Mohd Shah serta Mohd Shahrulnizam beberapa kali mengajak saya berkelah bagi meraikan tamatnya peperiksaan akhir semester. “Namun, saya berkeras tidak mahu mengikuti mereka,” katanya ketika ditemui di perkarangan bilik mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, malam kelmarin.Katanya, dia bertemu kedua-dua rakannya itu kira-kira jam 10 pagi kelmarin sebelum bersiap untuk ke kawasan perkelahan berkenaan, namun tidak menyangka itu pertemuan terakhir mereka bertiga.“Saya lebih rapat dengan Mohd Shahrulnizam kerana kami berdua pernah mengambil Diploma Sains di Kolej Unikop dan arwah seorang yang baik serta cemerlang dalam bidang akademik.“Arwah juga seorang yang kuat agama dan dia rajin mengikut saya pulang ke kampung di Paroi, Negeri Sembilan, untuk menghabiskan masa cuti semester,” katanya.Helmy berkata, Mohd Shah dan Mohd Shahrulnizam pergi ke kawasan perkelahan itu bersama lima rakan lain. Beberapa jam kemudian, dia menerima panggilan telefon memaklumkan kedua-dua rakannya dipercayai mati lemas.“Saya difahamkan, mereka berdua termasuk seorang lagi rakan, Afzan Aizad Jalaluddin, 21, mandi di tempat paling tinggi di kawasan perkelahan itu.“Mohd Shah dan Mohd Shahrulnizam dipercayai mandi di kawasan cetek sebelum dibawa arus menuju ke pusaran air berhampiran di situ.“Saya juga diberitahu Afzan cuba menyelamatkan mereka berdua, namun gagal. Afzan yang kini berada di Wad Kecemasan masih trauma dengan kejadian itu,” katanya.Pembantu Perubatan Hospital Hulu Kinta, Khairuddin Mohd Azhari yang juga tenaga pengajar Mohd Shah Rezzal dan Mohd Shahrulnizam menyifatkan kematian mereka mengejutkan seluruh hospital itu.“Mereka berdua antara pelajar cemerlang dan tidak pernah menimbulkan masalah ketika sesi pembelajaran, malah rajin membantu rakan lain yang tidak faham dalam pelajaran,” katanya.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias, berkata kedua-dua mayat mangsa ditemui di dasar lubuk selepas dilaporkan hilang tengah hari kelmarin.“Polis meminta bantuan bomba untuk mengeluarkan mayat kedua-dua mangsa lemas yang kemudian dihantar ke HRPB untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi kelmarin.Jenazah Mohd Shah Rezzal dibawa pulang ke kampungnya di Felda Maokil 1, Labis, Johor, manakala Mohd Shahrulnizam pula dibawa ke rumah neneknya di Kampung Paya Jaras, Sungai Buloh, Selangor untuk dikebumikan.
9 comments:
takziah kpd fmily arwah..
al fatihah untuk arwah..semoga berada di kalangan org soleh..
ajal maut di tgn tuhan...
mekasih seroja....sesungguhnyer mati itu pasti...
al-fatihah...
takziah..
semoga roh arwah berdua dicucuri rahmat..
doakan jek utk mereka..
hanya itu yang kita mampu lakukan..
al-fatihah..khas utk mereka berdua
HAKIMINFAHIRA....yup betul..hanya itu je yg kite mampu....
.takziah
.sedeynyee :(
.al-fatihah utk arwah
gua ada baca pasal berita ni tempohari...
semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yg beriman...
INTANURULFATEHA...yup..memang cedey pun...uhukkkk...moga rohnyer tenang d'sana...amin..
BRO ED....lama x nampak??mana menghilang??=)really???
amin....
salam takziah utk fmly kwn julie tu yer..sesungguhnya ada himahnya yg tersendiri atas ape yg berlaku..al-fatihah.
salam ziarah....
kmu xkenal int, int juga xkenal kmu...
int mencari artikel ni d internet...
jump blOg kmu =)...
int kwn pada arwah shahrul nizam...ya Allah, jauh d sudut ati msih rmai lagi yg brsedih ats kehilangan 2 insan ni...terutama ibu bapa mereka dan para sahabat...
terima kasih buat rakan2 kmu yg sudi sedekah al-fatihah..mudh2an mereka d temptkan d kalangan org beriman..aminkan saja =)
Post a Comment