td aku dapat berita sedih dr adik aku..dia sms adik bestfren aku dah meninggal..cam x percaya..2,3x aku tanye betul ke berita tu...agak terkejut gak..mesti bestfren aku sgt sedih saat ini...(B @norliliza mohd yusof@ sabar ye...yg pergi tetap pergi..ajal dan maut itu kerja tuhan)..aku baru je balik kg jumaat lepas...dan sekarang dapat berita nie..aku turut sedih kehilangannya...al fatehah buat arwah mohd shah rezzal mohd yusof...arwah adalah anak bongsu dari 3 beradik...dapat aku bayangkan kesedihan keluarga ini kehilangan arwah...kakak arwah memberitahu ayah dan ibunya terlalu sedih dengan kehilangan ini dan asyik termenung dah tidak mahu makan....kakak arwah juga sering teringatkannya..kerana sebelum bestfren aku kawen dah bekerja di kl..hanya dia dan arwah di rumah tu..tentu terasa kehilangannya....arwah adalah kawan adikku gak...masih ingat lagi kali terakhir aku jumpa arwah adalah 1@2 tahun yg lalu ketika arwah baru membuat persiapan untuk sambung belajar di perak..dia lew yg perasan aku dulu....heppy je dia masa tu..almaklumlah nak sambung belajar...kat bawah aku letak sekali artikel dalam harian metro mengenai berita arwah yang lemas di kolam air panas....marilah kawan2x sama2 sedekahkan al-fatehah buat arwah..semoga rohnyer ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman...semoga keluarga arwah tabah menerima kehilangnya...al fatehah.... ANGKAT...jenazah Mohd Shah Rezzal dibawa keluar dari bilik mayat HRPB, kelmarin.
IPOH: “Mereka berdua bersungguh-sungguh mengajak saya berkelah di kawasan kolam air panas Lubuk Timah sehari sebelum kejadian.“Saya tidak sangka ia petanda mereka akan pergi meninggalkan kami buat selamanya,” kata Helmy Aslam Mohd Yusof, 21, rakan dua pelatih semester empat Kolej Pembantu Perubatan Hospital Hulu Kinta, yang meninggal dunia akibat lemas di kawasan perkelahan Lubuk Timah di Simpang Pulai, dekat sini, petang kelmarin.Mayat Mohd Shah Rezzal Mohd Yusof, 21, dan Mohd Shahrulnizam Shaharudin, 22, ditemui pasukan Bomba dan Penyelamat Ipoh di kawasan kolam air panas itu antara jam 5.25 petang dan 5.35 petang kelmarin.Mayat ditemui selepas satu gerakan mencari mereka dilancarkan sebaik dilaporkan lemas kira-kira jam 1.30 tengah hari hari sama.Helmy berkata, rancangan untuk berkelah dibuat beberapa hari sebelum kejadian memandangkan mereka baru tamat menduduki kertas peperiksaan akhir semester Jumaat lalu, namun dia tidak berminat menyertainya.“Malam sebelum kejadian, kami bermain bola sepak dan Mohd Shah serta Mohd Shahrulnizam beberapa kali mengajak saya berkelah bagi meraikan tamatnya peperiksaan akhir semester. “Namun, saya berkeras tidak mahu mengikuti mereka,” katanya ketika ditemui di perkarangan bilik mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, malam kelmarin.Katanya, dia bertemu kedua-dua rakannya itu kira-kira jam 10 pagi kelmarin sebelum bersiap untuk ke kawasan perkelahan berkenaan, namun tidak menyangka itu pertemuan terakhir mereka bertiga.“Saya lebih rapat dengan Mohd Shahrulnizam kerana kami berdua pernah mengambil Diploma Sains di Kolej Unikop dan arwah seorang yang baik serta cemerlang dalam bidang akademik.“Arwah juga seorang yang kuat agama dan dia rajin mengikut saya pulang ke kampung di Paroi, Negeri Sembilan, untuk menghabiskan masa cuti semester,” katanya.Helmy berkata, Mohd Shah dan Mohd Shahrulnizam pergi ke kawasan perkelahan itu bersama lima rakan lain. Beberapa jam kemudian, dia menerima panggilan telefon memaklumkan kedua-dua rakannya dipercayai mati lemas.“Saya difahamkan, mereka berdua termasuk seorang lagi rakan, Afzan Aizad Jalaluddin, 21, mandi di tempat paling tinggi di kawasan perkelahan itu.“Mohd Shah dan Mohd Shahrulnizam dipercayai mandi di kawasan cetek sebelum dibawa arus menuju ke pusaran air berhampiran di situ.“Saya juga diberitahu Afzan cuba menyelamatkan mereka berdua, namun gagal. Afzan yang kini berada di Wad Kecemasan masih trauma dengan kejadian itu,” katanya.Pembantu Perubatan Hospital Hulu Kinta, Khairuddin Mohd Azhari yang juga tenaga pengajar Mohd Shah Rezzal dan Mohd Shahrulnizam menyifatkan kematian mereka mengejutkan seluruh hospital itu.“Mereka berdua antara pelajar cemerlang dan tidak pernah menimbulkan masalah ketika sesi pembelajaran, malah rajin membantu rakan lain yang tidak faham dalam pelajaran,” katanya.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias, berkata kedua-dua mayat mangsa ditemui di dasar lubuk selepas dilaporkan hilang tengah hari kelmarin.“Polis meminta bantuan bomba untuk mengeluarkan mayat kedua-dua mangsa lemas yang kemudian dihantar ke HRPB untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi kelmarin.Jenazah Mohd Shah Rezzal dibawa pulang ke kampungnya di Felda Maokil 1, Labis, Johor, manakala Mohd Shahrulnizam pula dibawa ke rumah neneknya di Kampung Paya Jaras, Sungai Buloh, Selangor untuk dikebumikan.